Kitab Bahjatul Wasail bi Syarh al-Masail merupakan sebuah karya ulama terkenal Nusantara, iaitu al-Syaikh al-‘Allamah Abu Abdul Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi al-Syafi’i al-Qadiri (1230-1314H / 1815- 1897). Kitab ini merupakan uraian (syarah) bagi kitab Masail atau judul lainnya al-Risalah al-Jami’ah Bayna Ushuluddin wa al-Fiqh wa al-Tashawwuf karya al-Sayyid Ahmad bin Zain bin ‘Alawi bin Ahmad al-Habsyi (1069-1145H).
al-Sayid Ahmad bin Zain al-Habsyi, penyusun kitab al-Risalah al-Jami’ah, iaitu matan asal kitab Bahjah al-Wasail di atas menerangkan sumber penulisan kitabnya dalam pendahuluan kitabnya;
فَهَذِهِ
مَسَائِلُ مُخْتَصَرَةٌ مِنْ بَعْضِ كُتُبِ حُجَّةِ الإسْلاَمِ الْغَزَالِيِّ
غَالِبَاً. مَنْ عَرَفَهَا وَعَمِلَ ِهَا نَرْجُو لَهُ مِنَ الله أنْ يَكُوْنَ
مِنْ أهْلِ الْعِلْمِ ظَاهِرَاً وَبَاطِنَاً
“ Maka ini adalah beberapa permasalahan
yang diringkaskan dari sebahagian kitab-kitab karya Hujjatul Islam al-Ghazali. Sesiapa
yang mengetahui dan mengamalkannya, kami memohonkan pengharapan daripada Allah
untuknya agar menjadi seorang ahli imu yang zahir dan batin ”.
Manakala al-Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani pula menerangkan sebab
yang mendorong beliau menyusun kitabnya bagi menghuraikan kandungan kitab
Masail tersebut;
هذا شرح علي الرسالة
الجامعة بين اصول الدين والفقة والتصوف للسيد أحمد بن زين الحبشى. سألني فيه بعض
الأحبة فأجبته لذالك طالبا من الله إخلاص
الطوية. وسميته بهجة الوسائل
بشرح مسائل.
“ Ini
sebuah syarah (uraian) bagi kitab al-Risalah al-Jami’ah Bayna Ushuluddin wa
al-Fiqh wa al-Tashawwuf karya
al-Sayyid Ahmad bin Zain al-Habsyi. Telah meminta sebahagian dari orang
yang dikasihi (di kalangan murid-murid dan sahabat) agar menyusun kitab sebagai
huraian isi kandungannya. Maka aku memperkenankan permintaan tersebut dengan ikhlas
mengharapkan keredaan Allah.......dan aku namakan kitab ini dengan Bahjatul Wasail Bi Syarh al Masail
Kandungan kitab ini.
Sebagaimana judulnya, kitab ini mengandungi penjelasan
mengenai tiga bidang ilmu utama dalam Islam, iaitu: Usuluddin, Fiqah dan
Tasawuf. Perbincangan dalam kitab ini menyentuh dasar-dasar
keimanan, rukun Islam, ibadah yang meliputi shalat, puasa, zakat, haji dan
mengenai akhlak – tasawuf meliputi memelihara hati dan anggota tubuh, yang
disertai nas al-Qur’an dan al-Hadits.
Mempelajari dan mengamalkan kandungan buku kecil ini insya Allah dapat
meningkatkan kesempurnaan iman, Islam dan ihsan hingga mencapai tingkat
muttaqin. Perlu diketahui, tiga bidang ilmu itu merupakan satu kesatuan yang
harus dijiwai setiap muslim dalam kehidupan sehari-hari. Sehingga ucapan,
perbuatan, gerak-geri, dan tingkah laku kita dalam kehidupan benar-benar
bernafaskan ruh Islam. Sebab ada keterangan yang menyatakan: “Siapa mengamalkan fiqih tanpa tasawuf, maka
dia zindiq, dan siapa yang bertasawuf disertai fiqih maka benarlah dia.”
Terjemahan kitab ini..
Kitab Bahjah
al-Wasail ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh beberapa penerbit. Untuk versi digital juga sudah ada dan bisa di download melalui link di bawah ini
0 komentar:
Posting Komentar